Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”

Ubatkan saya, dan bantu kemas rumah. Itu rayuan seorang wanita warga emas, Zaidah Mansor, 67, yang hidup dalam longgokan sampah di rumah sendiri, kali terakhir dikemas tujuh tahun lalu.

Pesara kerajaan itu tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang, dekat sini, selepas berpisah dengan suami 17 tahun lalu dan dalam tempoh itu juga dia menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Melihatkan keadaan ruang tamu rumahnya yang penuh dengan timbunan sampah, tiada siapa menyangka ada orang tinggal di situ, malah hanya ada laluan ‘cukup-cukup badan’ saja membolehkan dia bergerak setiap hari.

Zaidah berkata, dia bukannya tidak mahu mengemas rumah, tetapi faktor kesihatan menyebabkan pergerakannya terbatas sehinggakan dia sendiri akhirnya terpaksa tinggal di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.

“Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak.

“Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzyKhy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.