Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Suspek Terlibat Penipuan DBI Properties Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Suspek Terlibat Penipuan DBI Properties Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana disyaki terlibat penipuan jualan rumah murah oleh syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata suspek berkenaan ditahan di sebuah restoran di Setapak di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan diserahkan kepada Bahagian JSJK Daerah Wangsa Maju untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Tiada sebarang rampasan dibuat manakala permohonan tahanan reman suspek akan dibuat esok,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, mengenai perkembangan empat lagi suspek yang telah ditahan iaitu Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun, Thaiveegan berkata mereka sedang menjalani tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis.

“Mereka direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i9yymc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.