“Banyak masa habis bersama, you panggil i peminat?” – Mona Syamimi tunjuk bukti mesej Shahir mahu keluar bersama dan luah cemburu dengan Syamel
Menerusi temubual eksklusif bersama Harian Metro hari ini di Facebook Live, gadis yang dikaitkan dengan Shahir AF baru baru ini tampil memberikan penjelasan tentang status sebenar hubungan mereka.
Mona Syamimi mendakwa beliau terasa hati dengan kenyataan Shahir AF yang mendakwa dirinya sekadar peminat dan tidak lebih daripada itu.
“Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media — tidak mungkin dia (Shahir AF) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?”
Mona Syamimi juga turut mendedahkan beberapa mesej yang diterima beliau dari Shahir AF yang menunjukkan penyanyi itu mahu keluar bersama setiap hari selain sudah meluahkan kata rindu.
“Ramai kata saya sekadar mahu mencari publisiti murahan tetapi jika perkara ini diakui sendiri oleh pihak sana mungkin ianya tidak berlarutan begini,” ujar Mona Syamimi yang hubungan mereka masih dalam peringkat berkenalan.
“Don’t be fake, beritahu perkara yang betul dan jangan cerita perkara lain — jangan sampai bukti lain yang keluar. Bukan saya mahu mengugut,” ujarnya sebagai penutup bicara.
Sumber: Roti Kaya
Sumber “Banyak masa habis bersama, you panggil i peminat?” – Mona Syamimi tunjuk bukti mesej Shahir mahu keluar bersama dan luah cemburu dengan Syamel
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPArAH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment