Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dituduh Jalin Hubungan Sejenis Gara-gara Potongan Kuku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dituduh Jalin Hubungan Sejenis Gara-gara Potongan Kuku

Baru-baru ini nama penyanyi Sunmi menjadi bahan bualan hangat netizen Korea. Bekas anggota Wonder Girls ini dituduh menjalinkan hubungan intim dengan kaum sesama jenis.

Dakwaan tersebut timbul gara-gara beberapa foto Sunmi yang tersebar di laman forum. Menerusi gambar tersebut, Sunmi dipercayai telah memotong kukunya menjadi sangat pendek.

Lantas bentuk potongan kukunya itu dicurigai sekaligus didakwa sebagai mengambarkan identiti dia seorang lesbian. Ini kerana, rata-rata artis K-Pop wanita kebiasaannya mempunyai bentuk kuku yang panjang dan sihat, malah ramai antara mereka suka memakai pewarna kuku atau stiker.

Menyedari dirinya menjadi bahan bualan netizen, idola berusia 25 tahun ini terus memuat naik posting berserta foto menerusi akaun Instagram miliknya. Pada foto tersebut, pelantun hits ‘Gashina’ itu sengaja menayangkan jari-jemarinya.

“Apakah yang salah dengan kuku saya? Ha ha ha,” soalnya.

..

Tidak beberapa lama kemudian pihak pengurusannya iaitu Make Us Entertainment turut menyangkal gosip itu dan menasihati Sunmi supaya tidak terlalu memperdulikan apatahlagi memikirkan dakwaan tersebut.

“Kami tidak terlalu memikirkannya. Kami menganggap gosip itu sebagai rasa kasih sayang yang meluap-luap daripada peminat terhadap Sunmi,” tegas pihak manajemen.

The post Dituduh Jalin Hubungan Sejenis Gara-gara Potongan Kuku appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gRB4Kz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.