Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eira Syazira Hamil 7 Bulan, Azad Jazmin Anggap Rezeki Dari Tuhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eira Syazira Hamil 7 Bulan, Azad Jazmin Anggap Rezeki Dari Tuhan

Baru-baru ini Kakigosip ada berkongsi cerita tentang pelakon wanita, Eira Syazira kini sedang hamil anak ketiga dan berita kehamilannya itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Azad Jazmin.

Sejak berita kehamilan Eira ini diketahui ramai, ada segelintir netizen berasa sedikit terkejut kerana Eira baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya sembilan bulan yang lalu dan kini usia kandungannya sudah mencecah 7 bulan.

Azad tampil menjelaskan tentang kehamilan isterinya melalui sebuah rakaman video yang dikongsi di akaun Instagram dan berkata dia menganggap ini adalah rezeki daripada ALLAH SWT.

“Saya Pun Tak Tau.. hehe rezeki Allah..,” tulis kapsyen pada video perkongsian Azad.

Dalam video tersebut Azad berkata, dia sebagai suami juga turut berasa pelik dengan kehamilan isterinya kali ini dan dia mengibaratkan perut isterinya semalam kempis dan hari ini sudah kembung.

Mungkin kehamilan Eira kali ini sedikit berbeza dengan pengalaman mengandung sebelumnya namun begitu Azad menganggap ia adalah kebesaran dari yang Maha Esa.

Rata-rata pengikut Azad telah menghujani ruang komen dengan mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

nuraf1qh: Hahahahahahahahaha cakap pun lawak azad ni. Alhamdulillah rezeki allah yg tak di duga. Tahu2 dah 7m 😍

ilovejellybunny: kami doa kali ni lelaki sbb lain mcm lua biase prgnantnye.. dahla keep slim pastu fits.badan pn xkmbg cm before ni.. kami peminat pn happy weh.. xsabaq nk tgu baby tu.. tahniah pak azad

dayamisu: Mmg ad kes cmni..its normal bang azad. Sedar2 dh 6 or 7 months. But prot xnmpak. sy rasa bby u ols kli nie laki kot…doa sy buat both of you smoga kak eira n bby slmat..congrats! Im happy for ya. One of your fans .

Azad juga turut berkongsi gambar perbezaan perut isterinya yang dikatakan di dalam video tersebut.

“Pic Kebaya Moden Merah macam tak mengandung 23/09/2107 nampak macam normal riang dan ria

“But hari ni my beautiful wife @eirasyaziraofficial 7 Bulan pregnant… lagi 2 bulan nak beranak.. Ya Allah dasyatnya Kebesaran mu Ya Allah… Terima Kasih Ya Allah.. Satu lagi permintaan saya ya Allah.. tolong sat bg rezeki yg sama macam saya kat semua peminat2 saya yg nak anak sangat sngat… itu saja permintaan saya Ya Allah..,” tulis Azad pada kapsyen gambar berkenaan.

Semoga Eira dan kandungan sihat sehingga saat melahirkan dan kami di Kakigosip juga mendoakan segala urusan dipermudahkan.



Sumber Eira Syazira Hamil 7 Bulan, Azad Jazmin Anggap Rezeki Dari Tuhan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xOhbcR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.