Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Polis Kata Saya Tak Lakukan Apa-apa Kesalahan’ – Suami Ezlynn - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Polis Kata Saya Tak Lakukan Apa-apa Kesalahan’ – Suami Ezlynn

Tempoh hari kecoh tentang seorang penyanyi wanita, Ezlynn yang telah meluahkan rasa marah serta kecewa dengan tindakan suaminya yang didakwa telah merompak rumah sendiri.

Rentetan daripada hal itu, menerusi satu sumber suami kepada Ezlynn, Adam Fahmi Shamsudin tampil untuk menjelaskan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Adam berkata, dia tidak menceroboh mahupun memecah masuk rumah seperti yang didakwa oleh penyanyi wanita itu.

“Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri?

“Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang.

“Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya,” jelasnya kepada Utusan Online.

Menurut sumber lagi, suami kepada Ezlynn ini juga turut menafikan dakwaan yang dikatakan oleh Ezlynn bahawa dia telah menutup periuk nasi penyanyi tersebut sehingga tidak mendapat sebarang tawaran persembahan.Adam mengatakan tuduhan tersebut tidak berasas dan Ezlynn sendiri yang tidak mengaku bahawa Adam adalah pengurusnya malah suami kepada Ezlynn ini juga berkata dia sudah mencuba untuk mendapatkan tawaran persembahan buat isterinya itu.

“Saya ada cuba menghubunginya tetapi dia enggan untuk berbincang. Tahu-tahu cerita sudah sampai ke pihak media. Saya hanya berdiam diri setelah mendapatkan nasihat peguam.

“Saya hanya akan beritahu kebenaran di dalam mahkamah. Itu yang paling penting dan adil,” katanya.

Diharap segala permasalahan yang berlaku dan dihadapi oleh pasangan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.



Sumber ‘Polis Kata Saya Tak Lakukan Apa-apa Kesalahan’ – Suami Ezlynn

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxrNQI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.