Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ibu Bapa, Jangan Biarkan Orang Mencium Bayi Kamu,” Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Kehilangan Bayinya Selepas Terkena Jangkitan Virus Daripada Sentuhan Dan Ciuman Dari Orang Yang Datang Melawat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ibu Bapa, Jangan Biarkan Orang Mencium Bayi Kamu,” Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Kehilangan Bayinya Selepas Terkena Jangkitan Virus Daripada Sentuhan Dan Ciuman Dari Orang Yang Datang Melawat..


Buat para ibu bapa di luar sana, sedarkah anda bahawa ciuman ke atas bayi baru lahir sebenarnya boleh membawa kepada kematian mereka? Bunyinya kedengaran seperti tidak logik dan keterlaluan, tetapi hakikatnya adalah begitu.

Image may contain: one or more people and baby


Peristiwa berdarah ini telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 3 bulan yang meninggal selepas terkena jangkitan virus dan kini ibu bapanya memberi amaran kepada orang lain agar tidak membiarkan sesiapa mencium bayi mereka.



Image may contain: one or more people

Mariana Reese Sifrit dilahirkan tepat pada masanya, apabila ibu bapanya mahu melangsungkan perkahwinan.


Beberapa jam kemudian, mereka membawa Mariana ke hospital akibat jangkitan penyakit itu. Dia dikatakan telah dijangkiti virus herpes simplex dan ibu bapanya percaya bahawa semasa hari perkahwinan mereka, rakan atau orang yang mempunyai virus HSV1 telah menyentuh atau mencium bayi mereka.

Image may contain: 1 person, sitting and child


Virus HSV1 mungkin disebarkan oleh ciuman seseorang yang menghidap penyakit ini. Bagi orang dewasa, penyakit ini mungkin hanya kecil dan mudah dirawat tetapi bagi bayi yang baru lahir, dengan sistem imun yang kurang berkembang, virus itu boleh membawa kepada kematian.

Image may contain: 1 person, smiling, sleeping, baby, child and closeupImage may contain: 1 person, baby

Mariana dilahirkan dalam keadaan sihat tetapi dia terpaksa dikejarkan ke hospital akibat jangkitan itu. Hatinya disahkan telah gagal berfungsi, dia juga mengalami pendarahan dalaman dan darahnya tidak dapat dibekukan, kata CBS News.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting


Nicole, ibu Mariana, memberitahu Today:

“Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku kepada kami. Kami berharap dapat membawa kesedaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir untuk berhati-hati terhadap sesiapa yang melawat, memegang atau yang menyentuh mereka, dan jangan biarkan orang lain mencium bayi anda. “

Mariana terpaksa dirawat di unit penjagaan rapi.


Mariana boleh sahaja dijangkiti oleh sesiapa pun, sebab itulah adalah penting untuk memastikan bayi anda tidak terlalu terdedah kepada orang ramai selama beberapa hari. Sistem imun mereka masih lemah dan mereka tidak boleh melawan mikroorganisma dengan mudah.


Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah sentiasa menjaga bayi anda dan pastikan semua orang yang menyentuhnya akan menggunakan pembasmi kuman seperti alkohol. Selain itu, jangan biarkan sesiapa mencium bayi anda di bibir.-PENMERHPRESS

Image may contain: one or more people and people sleeping


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynAKMo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.