Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerap Makan Lewat Malam, Kuat Merokok Dan Tidak Cukup Tidur, Akhirnya Jantung Lelaki Ini Disahkan Tersumbat!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerap Makan Lewat Malam, Kuat Merokok Dan Tidak Cukup Tidur, Akhirnya Jantung Lelaki Ini Disahkan Tersumbat!..


Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya.


Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis – dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.


Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik

Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.

“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”


Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya – merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.

Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.


Bangun dengan harapan baharu

Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.

“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.


Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gFrOZT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.