Lelaki dalam video viral curi barangan dari bagasi penumpang kapal terbang sudah dicekup
PHUKET: Abdullah Hayee Mayeh, 27, pengendali bagasi lapangan terbang ditahan pihak berkuasa Khamis lalu selepas tular video yang menunjukkan dia sedang mencuri barang dari bagasi penumpang.
CCTV yang terdapat di lokasi kejadian berjaya merakam tindak tanduknya yang cuba membuka bagasi penumpang Jetstar Airways yang dijadualkan terbang pada hari Selasa lalu di Bay 15, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Ketika itu, dia sedang memuatkan bagasi ke dalam pesawat yang diletakkan di atas tarmac.
Abdullah kemudian mengaku melakukan jenayah itu selepas pihak polis menayang rakaman video tersebut kepadanya. Dia turut menyerahkan kembali pembesar suara yang dicuri daripada bagasi tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Awam lapangan terbang untuk diserahkan kembali kepada pemiliknya.
Abdullah ditahan atas kesalahan mencuri dan dibawa ke Balai Polis Saku untuk tindakan lanjut.
Sumber : Daily Mail UK
Sumber Lelaki dalam video viral curi barangan dari bagasi penumpang kapal terbang sudah dicekup
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wV9Vwa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment