Lelaki ditahan bunuh sepupu
Kejadian jam 9.40 malam itu menyebabkan mangsa, Robiatul Ain Mohamod, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira sejam kemudian di sebuah rumah kosong, 70 meter dari tempat kejadian.
Katanya, dalam kejadian itu, mangsa ditemui berlumuran darah oleh ahli keluarganya selepas dihubungi jiran yang mendengar bunyi bising dari rumah berkenaan."Mereka kemudian menghantar mangsa ke HOSHAS, namun disahkan meninggal dunia. Siasatan mendapati mangsa ditikam di muka dan bahu.
"Polis juga menemui sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian pembunuhan, di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, kes berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menuduhnya mencuri dan menghisap dadah di dalam rumahnya.
"Mangsa juga adalah anak anggota polis yang bertugas di Balai Polis Temerloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sumber Lelaki ditahan bunuh sepupu
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gWW4iL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment