Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa banjir Kota Belud kekal 2,113 - JBPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa banjir Kota Belud kekal 2,113 - JBPM

KOTA BELUD: Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Belud kekal seramai 2,113 membabitkan 705 keluarga setakat jam 8 pagi ini, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pada Ahad.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah Khatizah Rahaban berkata semua mangsa masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah berkenaan.

"Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Belud direkodkan kekal dengan semuanya masih ditempatkan di PPS di Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah (SM) Agama Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi II, Dewan Gopog Taginambur, Dewan Muhibah Tombol, Dewan SMK Taun Gusi I, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud, Dewan SK Taun Gusi dan Dewan Kompleks Sukan Butong.

"Bagaimanapun kita tetap melakukan pemantauan rapat dan mangsa banjir masih kekal 2,113 membabitkan 708 buah keluarga," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata di daerah Tuaran, mangsa banjir juga kekal iaitu seramai 245 mangsa setakat jam 8 pagi ini.

Mangsa-mangsa banjir itu masih ditempatkan di PPS Masjid Kampung Bunga Tenghilan dan SMK Sri Nangka.



Sumber Mangsa banjir Kota Belud kekal 2,113 - JBPM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zFWGBi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.