Hi! Welcome Back and Stay Tune! (MENGEJUTKAN) Polis Sahkan Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(MENGEJUTKAN) Polis Sahkan Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh

(MENGEJUTKAN) Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh



Hari ini pihak Polis membuat pengumuman bahawa pihaknya telah mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Keputusan itu dibuat apabila laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.


Kedua-dua mangsa ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.


Ini kenyataan Polis:

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,"


Polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Ini komen Polis lagi:

"Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit,"


Penahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini hari ini.

Sumber: BH

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wrek9F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.