Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS SEDANG HADAPI ERA KEBANGKITAN: ABDUL HADI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS SEDANG HADAPI ERA KEBANGKITAN: ABDUL HADI

KUALA NERUS – Pas sedang berhadapan era kebangkitan berikutan parti itu semakin menarik minat lebih ramai golongan muda kepadanya.

Keadaan itu dibuktikan melalui kejayaan Pas menarik sebahagian besar golongan muda menyertai Himpunan Fastaqim 2.0 selama dua hari yang berakhir semalam.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan dan sokongan orang muda bersama-sama Pas memperlihatkan parti politik itu sedang berhadapan kemaraan lebih positif.

“Insya-ALLAH,  saya lihat kehadiran ramai orang muda pada malam ini (malam tadi) menunjukkkan masa depan yang baik pada Pas. Pas (mempunyai) masa depan yang sangat baik dan kita punya generasi muda yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kemuncak Fastaqim 2.0 sempena di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.

Pada majlis penutup itu, Abdul Hadi turut menandatangani buku induk wawasan negara sejahtera serta melancarkan Sukarelawan Jabatan Amal yang terbuka kepada semua agama, bangsa dan jantina.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bahawa Pas akan bertanding di banyak kerusi tanpa menjelaskan secara terperinci jumlahnya.

Apa yang penting katanya, Fastaqim 2.0  mencapai sasaran kehadiran sebagaimana jangkaan dan menyifatkannya sebagai satu permulaan untuk meneruskan gerak kerja yang lain.

“Fastaqim titik tolak untuk kerja kita seterusnya. Mudah-mudahan ALLAH Taala beri pahala kepada semua yang terlibat,” katanya.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fAJTqX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.