Piala Malaysia: Tiada Istilah Pasukan Pilihan
IPOH – Tiada pasukan yang boleh dilabel sebagai pilihan dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini.
Ketua Pasukan Bola Sepak Perak Muhd Shahrom Abdul Kalam berkata baginya, pasukan yang mampu menjaringkan gol awal berkemungkinan akan berjaya melakar kemenangan.
“Peluang 50-50 sebab kalau tengok rekod pertemuan Liga Super sebelum ini, kita menang 2-1 di Ipoh tapi tewas dengan jaringan sama di Larkin, Johor.
“Bagi saya, gol awal serta tidak bolos itu penting dan kelebihan selaku tuan rumah juga perlu digunakan sebaiknya oleh Perak untuk melakar kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Stadium Perak di sini, petang tadi.
Mengulas persiapan pasukan The Bos Gaurus, Muhd Shahrom berkata meskipun kehilangan beberapa tonggak utama seperti pemain import, Yashir Armando Pinto dan Mohd Hafiz Kamal namun pemain sedia ada mampu menggalas tugas yang diamanahkan.
“Kita telah sampai ke tahap ini (separuh akhir) dan semua pemain pun tahu tanggungjawab masing-masing yang perlu dipikul,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan tonggak kebangsaan turut berharap para penyokong turun beramai-ramai ke stadium bagi memberi sokongan kepada para pemain.
“Kita juga harap boleh bagi satu suasana yang menggembirakanlah khususnya kepada penyokong dan rakyat Perak khususnya,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gChdij
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment