Zaquan mahu bekas pasukan 'menangis' sekali lagi
IPOH: Perak bersedia membuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 'menangis' sekali lagi apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, Ahad ini.
Selepas The Bos Gaurus mencipta kejutan menewaskan skuad Harimau Selatan itu 2-1 pada aksi Liga Super 18 Februari lalu, anak buah Mehmet Durakovic itu memiliki peluang yang terbaik untuk mengecewakan pasukan lawan sekali lagi di gelanggang sama.
KETUA jurulatih Perak, Mehmet Durakovic (tengah).
Justeru, pemain sayapnya, Zaquan Adha Abdul Radzak menuntut rakan sepasukannya supaya dapat menunjukkan semangat juang luar biasa yang ditonjolkan pada aksi suku akhir kedua bertemu Pahang dalam usaha mereka untuk memadam cabaran juara Liga Super empat kali itu di laman sendiri.
"Senjata utama Perak adalah semangat juang yang tinggi dan ia dibuktikan apabila kami berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Pahang sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.
"Jadi, saya harapkan rakan sepasukan dapat menunjukkan semangat juang yang sama apabila turun beraksi pada Ahad ini. Itulah semangat yang kita perlukan apabila menentang pasukan yang berkualiti seperti JDT.
"Malah, saya melihat peluang terbuka kepada kedua-dua pasukan dan jika semua melakukan tugas masing masing dengan sempurna, sudah pasti kemenangan dapat menjadi milik kita. Semoga Perak mendapat kelebihan yang baik untuk ke aksi separuh akhir kedua," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Perak, Ipoh, hari ini.
Mengulas lanjut kekuatan skuad bimbingan Ulisses Morais yang juga bekas pasukannya sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu mengakui pengalaman menentang JDT beberapa kali dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) sedikit sebanyak membolehkan dia 'menghidu' kemampuan pasukan itu.
"Kita sudah masak dengan pasukan itu dan kita tahu sedikit sebanyak mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan itu. Namun saya harus akui JDT pasukan yang lebih baik dan memiliki pemain yang seimbang dalam kesebelasan utama serta bangku simpanannya.
"Apapun, kita sudah bersedia menentang mereka dan saya tahu pemain sememangnya bersemangat tinggi terutamanya selepas pasukan ini sudah lama tidak beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia," katanya.
Sumber Zaquan mahu bekas pasukan 'menangis' sekali lagi
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFb3IQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment