10 Misteri Semasa Perang Dunia Ke-2 Yang Masih Belum Terungkai
Sekiranya kita melihat kembali sejarah dahulu tentang Perang Dunia ke-2, kejadian itu masih lagi segar di dalam ingatan ramai orang sehingga sekarang.
Masih ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti dan dikaji dalam masa beberapa tahun akan datang bagi menyelesaikan misteri yang masih menjadi tanda tanya.
Setiap jawapan tentang konflik itu akan menjadi satu pertanyaan yang baru. Perang Dunia ke-2 memang amat menakutkan dan terlalu penting untuk diabaikan.
Sebelum Adolf Hitler dipilih untuk memimpin Jerman, beliau telah berusaha menggulingkan pemerintah Jerman melalui kekerasan. Dalam suatu operasi tersebut sebanyak 16 anggota keselamatan Jerman telah terkorban dan Hitler sendiri telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Semasa Hitler dibebaskan dia telah diberikan bendera Die Blutfahne yang membawa maksud “Bendera Darah”. Bendera itu diberi kerana terdapat kesan darah rakan-rakan seperjuangannya yang telah tewas.
Mereka menganggap bahawa bendera itu mempunyai kuasa mistik yang boleh menyucikan bendera lain yang menyentuhnya. Bendera itu juga digunakan dalam acara utama tetapi tadak pernah dilihat lagi sejak Oktober 1944
Subhas Chandra Bose ialah pemimpin Tentera Nasional India pada waktu itu. Dia dianggap sebagai seorang pengkhianat kerana terdapat kaitan dengan pihak Jepun dan Jerman.
Pada tahun 1945, Bose dianggap meninggal dunia dalam kecelakaan kapal terbang tetapi beberapa pihak menafikan kenyataan tersebut dan mengaku bahawa abu jenazah Bose itu bukan abu miliknya dia tetapi abu milik seorang askar Jepun yang bernama Ichiro Okura. Berita itu dipercayai direka untuk orang yang ingin merampas kekayaan Bose. Tetapi kejadian sebenar yang menimpa Bose masih menjadi persoalan.
Pada tahun 2009, ahli sejarah sedang melakukan rutin merawat di tempat tersebut dan kemudian mereka menjumpai senarai nama tentera British. Terdapat tanda pada 8 nama itu dan tulisan dalam bahasa Jerman seperti “sejak saat itu”, “tidak pernah”, dan “sekarang.” Terdapat banyak teori mengenai senarai nama tersebut seperti mereka ialah tawanan perang dan pengkhianat.
Ness Gun Battery ialah lokasi di Orkney yang terletak di Kepulauan British. Terdapat lukisan mural yang besar ditemui pada salah satu dinding di situ. Mural itu menggambarkan suasana tenang desa dan terdapat tandatangan “A.R. Woods”. Sehingga kini tiada siapa pernah mengenali siapakah beliau.
Karya komedi Charlie Chaplin yang berjudul “The Great Dictator” menunjukkan sebuah glob yang mencuri perhatian. Ternyata Hitler memang memiliki barangan tersebut yang dikenali sebagai “Columbus Globe”. Memang ada glob yang berukuran besar pernah dicipta tetapi kepunyaan Hitler telah lama hilang.
Raoul Wallenberg ialah seorang usahawab Sweden yang merupakan seorang perwira kemanusiaan kerana memberikan dokumen palsu kepada orang yahudi dan menjaga kebajikan penduduk. Dia telah ditangkap oleh Soviet pada tahun 1945 dan dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 1947.
Tetapi terdapat beberapa laporan lain berkaitan dengan “penghuni 7” yang misteri yang disoal 16 jam per minggu setelah Wallenberg dikatakan telah meningal dunia. Beberapa orang mensyaki bahaya penghuni itu ialah Wallenberg sendiri.
Mueller ialah salah satu pemimpin tertinggi Nazi yang berjaya melepaskan diri dari diburu selama beberapa puluh tahun. Tetapi terdapat bukti dalam bentuk sijil kematian mengatakan mayat dia telah ditanam di Berlin. Tahun 1963, kenyataan tersebut telah disahkan oleh seorang penggali kubur. Teori tersebut masih lagi mengelirukan kerana sudah banyak dokumen palsu yang pihak Nazi telah buat.
Pasukan penyelamat Perancis ini ditangkap oleh Gestapo semasa dia sedang bermesyuarat. Dia diseksa terlebih dahulu sebelum dilaporkan mati ketika dibawa ke Berlin. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana pihak Jerman mendapat berita bocor tersebut. Seorang anggota pasukan penyelamat ini yang bernama Rene Hardy tidak ditangkap ketika itu.
Walau bagaimana pun, pada tahun 1983, Klaus Barbie, seorang pegawai Gestapo yang turut terlibat dalam insiden tersebut mengeluarkan kenyataan selepas kematian Raymond Aubrac salah seorang anggota juga yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Kenyataan Barbie mengatakan Aubrac adalah orang yang mengkhianati dia.
Nama remaja wanita Yahudi ini sudah cukup terkenal tetapi menjadi persoalan siapakah gerangan yang membocorkan tempat persembunyian dia dan keluarganya. Terdapat teori menyatakan kawan lama Otto Frank yang bernama Tonny Ahlers atau seorang pengurus gudang yang bernama Willem van Maaren.
Sebelum pencerobohan di Sicily, pihak sekutu perlu menipu Axis untuk memberitahunya bahawa serangan itu akn berlaku di tempat lain. Ian Fleming, penulis kisah James Bond, menamakan Operasi Mincemeat. Dalam operasi itu badan lelaki diletak dengan surat palsu untuk ditemukan oleh pasukan lawan.
Dokumen itu mengatakan bahawa lelaki itu adalah anggota Marin Diraja bernama Mayor William Martin. Badan itu kemudian dibuang ke pantai Sepanyol yang memihak kepada kumpulan Poros. Identiti sebenar lelaki itu sehingga kini tidak diketahui.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hLLlIF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment