Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aliran Pam Perlahan? PETRONAS Jawab dan Perjelaskan Apa Yang Berlaku… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aliran Pam Perlahan? PETRONAS Jawab dan Perjelaskan Apa Yang Berlaku…

Masih ingat dengan video viral insiden di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang dikatakan telah ‘menipu’ pelanggan dengan aliran pam perlahan yang tersebar baru-baru ini?

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) tampil ke hadapan dan memperjelaskan apa yang terjadi sebenarnya melalui website rasmi PETRONAS Brands.

Menurut PDB, setelah pihak KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn, Bhd menjalankan ujian di stesen PETRONAS yang terlibat, dengan sukacitanya pihak terbabit telah mengesahkan bahawa tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar seperti yang didakwa.

Malah, mereka turut menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami ini tidak akan memberi perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi sebaliknya hanya berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam sahaja.

Tidak melengahkan masa, pihak PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih pam dan kini ia telah beroperasi seperti biasa.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa semua pam di stesen PETRONAS sentiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak akan menjejaskan kuantiti isian seperti yang diperkatakan.

Dalam masa yang sama, PDB turut memohon agar orang ramai tidak lagi menyebarkan maklumat palsu seperti ini dan pada masa yang sama, PDB sangat menghargai maklum balas pengguna.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email [email protected].


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y7xqTe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.