Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Jepun Berikan 6 Hari Cuti Tambahan Kepada Pekerja Yang Tidak Merokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Jepun Berikan 6 Hari Cuti Tambahan Kepada Pekerja Yang Tidak Merokok

Masalah merokok di Jepun sudah dianggap semakin meruncing dengan jumlah peningkatan perokok baru yang bertambah dari semasa ke semasa. Bahkan negara tersebut sudah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, menyokong untuk mewujudkan undang-undang mengenai larangan merokok di tempat umum. Peraturan ini juga adalah bagi persediaan untuk menyambut Olimpik 2020 yang akan dilakukan di Jepun nanti.

Salah satu cara yang dibuat oleh negara Jepun yang ingin mengurangkan jumlah perokok adalah dengan cara memberikan penawaran yang baik. Ini ditunjukkan oleh sebuah syarikat pemasaran online kepada pekerjanya.

Sesiapa yang bekerja di syarikat itu yang tidak merokok akan mendapat cuti tambahan selama enam hari dalam masa satu tahun. CEO Piala Inc, Takao Asuka, mengumumkannya dari bulan September selepas salah seorang pekerjanya yang tidak merokok membuat aduan tentang keadaan pejabat yang dipenuhi dengan asap rokok.

Syarikat Piala Inc ini terletak di tingkat 29 di daerah Tokyo dan biasanya mereka yang ingin menghisap rokok akan turun ke bahagian tingkat paling bawah. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira 15 minit. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pekerjanya yng tidak merokok.

Takao berharap dengan adanya peraturan ini dapat memotivasikan pekerjanya yang berstatus perokok tegar untuk berhenti merokok. Langkah ini juga akan memberikan insentif kepada pekerjanya yang tidak merokok. Takao menggalakan pekerjanya berhenti merokok melalui insentif dan bukan dengan cara hukuman atau paksaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y69X4I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.