Tular mangsa banjir berlindung di surau: Nyawa lebih penting
"SAYA tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan," kata bilal surau Taman Free School, Georgetown mengulas mengenai foto yang viral selepas sekumpulan lelaki dan perempuan cina yang menumpang di surau terbabit.
Sapno Tukijo, 50, berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di surau terbabit yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70 orang yang juga penduduk kampung sekitar Lengkuk P Ramlee yang terjejas kerana banjir awal pagi, semalam.
Malah ia sendiri cuba menyelamatkan penduduk yang ketika itu mahu menumpang di tokong berhampiran kampung mereka.
"Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua tiang elektrik.
"Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di surau," katanya.
Menurutnya, pada mulanya semua mangsa segan kerana menghormati surau namun saya terpaksa menjelaskan kepada mereka berhubung situasi yang dialami ketika itu.
"Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.
"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8m9Cc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment