Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Sekolah Di Perak Terjejas Banjir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Sekolah Di Perak Terjejas Banjir

IPOH – Tiada sekolah di Perak ditutup atau terjejas akibat banjir kilat susulan hujan tanpa henti sejak beberapa hari lepas, kata Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mat Lazim Idris.

Beliau berkata sehingga kini, hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga di daerah Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir selepas SK Kenering di Gerik dalam daerah Hulu Perak ditutup kerana banjir mulai surut.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memaklumkan tiada sekolah menengah terlibat dengan banjir cuma dua sekolah rendah digunakan untuk mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai di sini, hari ini.

Mat Lazim berkata walaupun tiada sekolah atau pusat peperiksaan yang terjejas dengan banjir, namun pihaknya mempunyai pelan sekiranya bencana alam itu berlaku.

“Jabatan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dikenali sebagai ‘Operasi Payung’ untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang menghalang calon daripada menduduki SPM.

“Jika ada calon tidak dapat ke pusat peperiksaan kerana banjir, kita akan menempatkan mereka di pusat peperiksaan lain yang terdekat,” katanya.

Terdapat seramai 39,195 calon SPM di Perak mula menduduki peperiksaan hari ini di 332 pusat peperiksaan di seluruh negeri. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lVTT3T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.