Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pastikan peruntukan sampai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pastikan peruntukan sampai

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menekankan keperluan pegawai berintegriti tinggi bagi memastikan peruntukan disalurkan kepada kementerian itu digunakan dengan betul dan manfaatnya sampai kepada rakyat.

Menterinya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata ia sejajar dengan kedudukan kementerian berkenaan sebagai penerima tertinggi peruntukan perbekalan dan pembangunan negeri yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun.

"Jumlah keseluruhan peruntukan perbekalan dan pembangunan yang diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur pada tahun 2017 saja ialah RM1.212 bilion.

"Kita memerlukan pegawai dan kakitangan kementerian serta jabatan dan agensinya yang cekap, berdisiplin dan mempunyai integriti tinggi untuk memastikan projek dan perkhidmatan yang dibiayai dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan serta sampai kepada sasaran.

"Saya selalu tekankan betapa pentingnya kementerian, jabatan dan agensi mencapai dan mempertahankan integriti agar petunjuk prestasi utama (KPI) kita sentiasa 90 peratus ke atas dan ini memerlukan pegawai yang komited," katanya pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kementeriannya di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah dua Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan dan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Hasbilah Mohd Salleh.

Kira-kira 400 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan jabatan serta agensi di bawahnya iaitu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta Lembaga Pelabuhan Sabah melafaz ikrar pada majlis itu.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata JANS ialah jabatan di bawah kementerian itu yang menerima peruntukan tertinggi, iaitu RM424.3 juta tahun ini, diikuti JKR sebanyak RM198.7 juta.

Sementara itu, Hasbilah berkata, setakat ini 60 jabatan dan agensi kerajaan di Sabah membuat IBR sejajar kempen kesedaran penjawat awam berkaitan kesan buruk amalan rasuah.

Katanya, mesej yang disebarkan menerusi kempen itu bertujuan memberi pendedahan jelas, khususnya kepada penjawat awam makna sebenar rasuah atau suapan yang harus dielak dalam tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

"Kita tidak mahu dengar ada penjawat awam keliru atau tidak tahu apa itu rasuah atau suapan. Sebagai seorang yang matang, kita boleh membezakan apa tindakan yang betul dan yang salah," katanya.



Sumber Pastikan peruntukan sampai

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AbRi8x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.