Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR cabar Husni tuduh Anwar liwat anak saudara di luar Dewan Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR cabar Husni tuduh Anwar liwat anak saudara di luar Dewan Rakyat

Wakil rakyat PKR gesa ahli Parlimen Tambun Husni Hanadzlah berbuat demikian agar tindakan undang-undang boleh diambil.
johari-abdul-husniKUALA LUMPUR: PKR hari ini mencabar Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) mengulangi tuduhan anak saudaranya diliwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang boleh diambil.
Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata sekiranya benar tuduhan itu, bekas menteri kewangan itu harus membuat laporan polis terhadap Anwar dan bukannya berdiam diri.
“Tambun, kamu buat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat, bahawa anak saudara diliwat Anwar Ibrahim. Saya ajak kawan-kawan untuk buat laporan qazaf. Jika dia tidak boleh buktikan liwat itu, kita akan ambil tindakan terhadap dia,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.
Secara amnya, ahli Dewan Rakyat menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.
Johari berkata Husni tidak berlaku adil kerana Anwar tidak dapat membela diri daripada tuduhan itu. Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat pada 2015. 

“Dewan Rakyat sepatutnya hanya bincangkan mengenai isu rakyat. Tidak eloklah, berpolitik kena ada gaya sedikit. Saya minta Tambun bawa anak saudaranya buat laporan polis,” katanya.
Husni mendakwa Anwar “terlibat” dengan anak saudaranya semasa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu.
“Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.
“Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan,” kata Husni.
Johari turut membidas Husni kerana membuat tuduhan terhadap bekas ketuanya dan kawan-kawannya kerana hendak mendapatkan kembali kedudukannya.
“Pada minggu lepas dia buat pusingan U sokong Pekan (Datuk Seri Najib Razak), sokong Kerajaan Persekutuan. Itu tidak mengapa, biasalah sebagai ahli Parlimen, tetapi dia mengeluarkan kata kesat terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan juga bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim.
“Kalau nak buat pusingan U, sokong perdana menteri sokonglah. Tetapi hendak dapatkan kedudukan balik dengan menghentam kawan-kawan ini suatu yang tidak manis,” katanya. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j7sJGA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.