Video: Ram Karpal Kena Sekolah Dengan Mangsa Banjir
SEPERTI yang diketahui, rakyat Pulau Pinang tatkala ini sedang ditimpa musibah yang amat dasyat apabila hampir sebahagian besar kawasan di negeri itu telah ditenggelami air.
Namun apa yang lebih malang lagi adalah sikap tidak ambil berat kerajaan negeri serta segelintir pemimpin mereka yang dikatakan langsung tidak turun padang membantu mangsa banjir.
Baru-baru ini di laman Facebook, tular beberapa klip rakaman video memaparkan mangsa banjir memarahi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh gara-gara didakwa tidak membantu rakyat di kawasannya.
Dalam rakaman terbabit, lelaki yang tidak dikenali itu mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak menghulurkan bantuan awal sewajarnya kepada penduduk yang terjejas.
Individu berkenaan malah menzahirkan rasa kecewa apabila layanan yang diberikan ketika menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir seoalah tidak menunjukkan sikap menghormati semasa manusia.
“Anda hanya datang ke sebuah rumah dan ‘buang’ makanan, adakah cara begini anda bekerja? Anda ingat kami terdesak.
“Kamu pergi dan lihat rumah mereka, di mana mereka mahu tidur malam ini? Di mana mereka mahu ambil tilam?” ujar lelaki itu dalam nada marah.
Malah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menurut individu itu gagal menyediakan kemudahan asas seperti peralatan ‘water jet’ yang kebiasaannya digunakan oleh penduduk untuk membersihkan rumah mereka selepas dimasuki air.
“Water jet pun tidak ada, apa jenis kerajaan sehingga perkara-perkara sebegini pun tidak boleh disediakan?
“Fikirlah fikirlah untuk rakyat, jangan hanya datang melawat lepas itu balik. Semua yang berlaku ini berpunca daripada kamu semua, jangan kata ini takdir Tuhan.
“Tuhan beri kita otak untuk berfikir. Jangan potong bukit ini, jangan potonglah,” tambahnya.
Lelaki berkenaan turut mendakwa pemimpin kini hanya pandai berkata namun tidak bertindak untuk rakyat.
Sepanjang tempoh video, Ramkarpal dilihat hanya berdiam diri seolah-oleh tidak dapat menjawab segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Sementara itu, Ahli Perlimen Bukit Gelugor itu menerusi laman Facebook memuat naik gambar sekitar lawatannya ke rumah mangsa banjir di kawasan Thean Teik, Kg Sheikh Madar, Kg Sheikh Eusoff, Farlim, Paya Terubong, Air Itam dan beberapa kawasan lain yang terjejas.
“Kami sedang berusaha untuk memberi bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir dan berdoa agar bencana sebegini tidak berlaku lagi,” tulisnya.
Hujan berterusan sejak Sabtu lalu melumpuhkan sehingga 80 peratus kawasan di Pulau Pinang dan turut menyebabkan hubungan jalan terputus.
Keadaan tersebut turut menjejaskan sebahagian kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, selain menyebabkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yAPcT0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment