Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eversendai Dapat Projek Saudi Aramco - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eversendai Dapat Projek Saudi Aramco

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Eversendai Corporation Bhd, Eversendai Offshore RMC FZE, yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu, telah mendapat projek fabrikasi luar pesisir yang utama daripada Saudi Aramco, membawa kepada jumlah keseluruhan projek kepada lebih RM1.56 bilion bagi 2017.

Sekarang ini, tempahan dalam tangan syarikat itu adalah berjumlah kira-kira RM2.3 billion.

Eversendai merupakan syarikat pertama Malaysia yang berjaya memenangi projek daripada Saudi Aramco, yang dijangka akan melabur lebih US$300 bilion (US$1=RM4.24) untuk tempoh 10 tahun.

“Walaupun dengan keadaan pasaran gas dan minyak semasa, Saudi Aramco telah menganugerahkan projek-projek bernilai US$5 bilion sejak 2016 sehingga sekarang.”

Eversendai Offshore juga baru-baru ini telah diiberi pengiktirafan berstatus pengeluar tempatan (9com) Saudi Aramco yang membolehkannya untuk melaksanakan projek-projek Saudi Aramco, yang hanya diberikan kepada syarikat-syarikat yang berjaya melepasi syarat-syarat Saudi Aramco yang amat ketat,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kontraktor yang turut terlibat dalam loji tenaga dan keluli turnkey itu, berkata limbungan fabrikasi di Timur Tengah serta yang memiliki perakuan Saudi Aramco adalah terhad, Eversendai mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kadar penukaran bidaannya melalui perjanjian jangka panjang sebagai kontraktor pembinaan dan pemerolehan kejuruteraan atau secara langsung melalui Aramco.

Pensijilan 9com telah diperolehi selepas Eversendai Offshore menerapkan pelbagai keperluan keselamatan dan kualiti ke atas limbungan Ras Al Khaimah mereka, selain memiliki pekerja yang berpengalaman dan berkelayakan.

Eversendai juga mengumumkan kejayaan lain yang membabitkan pembinaan 13 struktur gantri yang bernilai RM180 juta di Doha. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyKUM9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.