Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT Beri Wang Menang Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT Beri Wang Menang Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan memberikan wang kemenangan yang dimenangi mereka selepas muncul juara Piala Malaysia Sabtu lalu kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Kelab Bola Sepak JDT Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim hari ini dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST).

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mana ia merupakan antara polisi kelab tersebut untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama.

“Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” demikian menurut Tunku Tun Aminah dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, jumlah sumbangan daripada wang kemenangan itu tidak dapat dipastikan.

JDT muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali selepas mengalahkan juara bertahan, Kedah 2-0 dalam aksi final di stadium Shah Alam, malam Sabtu.-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zlZghZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.