Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir: Zahid tiba di Pulau Pinang, didakap Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir: Zahid tiba di Pulau Pinang, didakap Guan Eng

Timbalan PM itu berkata perbezaan politik tidak menghalang bantuan kepada mangsa banjir.
Zahid-Lim-Guan-Eng4
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Lim Guan Eng berdakapan sambil diperhatikan exco negeri dan veteran DAP, Lim Kit Siang.
GEORGE TOWN: Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini tiba di Pulau Pinang bagi meninjau dengan dekat keadaan banjir negeri itu, disambut mesra oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
“Apa pun, walaupun berbeza pandangan dan politik, kami akan bekerjasama menyelamatkan mangsa banjir Pulau Pinang,” kata timbalan perdana menteri itu selepas melawat mangsa banjir di Kepala Batas.
“Kerjasama dan bantuan kerajaan persekutuan adalah untuk kepentingan mangsa banjir sebagai rakyat Malaysia.”
Zahid turut menasihatkan rakyat Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bersedia hadapi hujan lebat, berdasarkan unjuran kaji cuaca.
Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena hujan lebat itu dijangka berterusan sehingga Februari di kebanyakan bandar di negeri utara pantai barat. 

“Kami juga difahamkan fenomena itu akan beralih ke Sabah dan Sarawak akhir tahun ini,” katanya.
Zahid menggesa Jabatan Meteorologi memberi amaran 7 hari awal agar pekerja bantuan bencana dapat bersedia lebih awal.
Katanya, Jabatan Meteorologi perlu beri amaran 3 hari sebelum cuaca buruk berlaku.
Zahid berkata pemindahan boleh disegerakan sekiranya ada notis awal.
Sementara itu, Zahid meletakkan kadar kebersediaan Pulau Pinang hadapi banjir sebagai 7/10, sambil mengatakan lebih banyak perlu dibaiki.
Banjir yang melanda sejak Sabtu lalu menenggelamkan hampir semua kawasan di Pulau Pinang dengan jumlah mangsa meningkat kepada kira-kira 4,000 hari ini. Tujuh mangsa dilaporkan terbunuh setakat laporan ini ditulis.
Bantuan banjir akan disalurkan kepada mangsa di pusat pemindahan yang akan digerakkan oleh tentera, polis dan pertahanan awam. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j4b7uU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.