Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersedia Hadapi Gelombang Kedua, Ketiga : TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersedia Hadapi Gelombang Kedua, Ketiga : TPM



KEPALA BATAS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, mengarahkan semua pihak bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca pada bulan ini hingga Februari depan.

Ahmad Zahid pada masa sama berharap Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia menyebarkan maklumat secara menyeluruh berkaitan perubahan cuaca itu supaya persediaan pemindahan segera boleh dilakukan.

Beliau bimbang kesiapsiagaan tidak dapat dilakukan sekiranya ramalan yang dibuat oleh MET Malaysia tidak dihebahkan secara menyeluruh dan segera.

"Kesiapsiagaan 100 peratus ini perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara untuk membolehkan tindakan memindahkan mangsa banjir dibuat sebelum berlaku hujan lebat atau paras air meningkat.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang boleh dijadikan pengajaran dan bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun jika MET (Malaysia) dapat menghebahkan ramalan ini lebih awal maka usaha pemindahan segera boleh dilakukan," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pusaran angin dan unjuran kelompok awan tebal yang berlaku di Pantai Barat kini diramal menuju ke Pantai Timur membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Utara serta Johor tengah.

"Malah, angin diramalkan bertiup di Sabah dan Sarawak pada Disember ini atau awal Januari sehingga Februari depan. Justeru, sekiranya data (ramalan) menggunakan teknologi baru yang dikeluarkan MET (Malaysia) ini tidak digunakan maka kesiapsiagaan tidak dapat dilakukan.

"Pastinya (Kerajaan Negeri) Pulau Pinang tidak jangka ia (banjir) berlaku sebab maklumat lambat dikongsi bersama. Kita tidak salahkan sesiapa tapi saya fikir kita perlu lakukan kesiapsiagaan bermula sekarang.

"Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan menggunakan acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman sebagai panduan operasi pemindahan mangsa banjir dibuat iaitu seminggu sebelum berlaku bencana," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan pendaftaran segera mangsa banjir di pusat pemindahan disiapkan pada jam 10 pagi hari ini, bagi membolehkan wang bantuan disalurkan segera.

"Kita tidak mahu wang bantuan ini mengambil masa lama untuk diagihkan kepada mangsa banjir seperti mana yang berlaku sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau berpuas hati dengan kemudahan yang diberikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.

"Saya fikir dari segi kemudahan kepada mangsa banjir ia berada di skala tujuh daripada 10. Malah, Kerajaan beri jaminan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang akan dilakukan tanpa mengambil kira warna kulit dan perbezaan fahaman politik," katanya.- BH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zypBu1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.