Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Forex Sepanjang Minggu Lalu (30 Okt – 03 Nov)
US Dolar didagang naik-turun atau bercampur-campur sepanjang minggu lalu (30 Okt-03 Nov) dengan data-data dan event (peristiwa) yang begitu banyak pada minggu tersebut.
US Dolar pada Isnin (30 Oktober) merekod kejatuhan walaupun dengan data pertumbuhan ekonomi yang positif pada 27 Oktober (Jumaat). Pada permulaan minggu lalu US dolar didagang agak tertekan dengan data dan event yang begitu banyak. Pelabur seakan berhati-hati dengan penetapan polisi monetari Fed, data NFP dan juga data ISM sektor ekonomi US.
US Dolar minggu lalu bukan sahaja berhadapan dengan data ekonomi, tetapi juga berhadapan dengan peristiwa ekonomi (event) dan peristiwa bukan ekonomi (non-economic event). Antara yang menyebabkan turun-naik US dolar adalah perkembangan reformasi percukaian US dan juga perkembangan siasatan oleh Mueller terhadap kaitan kempen pilihanraya Trump dan Rusia. Selain itu, faktor pengumuman Powell sebagai pengganti Yellen juga menyebabkan pelabur agak berhati-hati.
Keseluruhan dagangan US dolar minggu lalu sememangnya bercampur-campur dengan data NFP pada Jumaat dan juga data sektor perkhidmatan US menyebabkan naik-turun US dolar pada akhir minggu lalu.
Data average hourly earnings (kadar gaji) tidak berubah dan tambahan pekerjaan kurang daripada jangkaan telah menyebabkan US dolar jatuh pada mulanya. Namun, US dolar gagal membuat penurunan yang kukuh dengan data kadar pengangguran mencapai paras terendah 4.1%. Selepas daripada itu, pukul 10 malam Jumaat menunjukkan data sektor ekonomi terbesar US merekod kenaikan di mana ISM non-manufacturing naik lebih daripada jangkaan ke paras tertinggi sejak tahun 2008. Hal ini menambah lagi kenaikan US dolar pada Jumaat walaupun dengan data kadar gaji US yang tidak memuaskan.
Secara keseluruhan, US dolar masih lagi merekod kenaikan minggu lalu jika dilihat dalam indeks US dolar.
Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.
23 – 27 Oktober | 30 Okt – 03 November |
Eur/Usd- jatuh 263 pip | Eur/Usd- 96 pip sideways |
Usd/Jpy– sideways 121 pip | Usd/Jpy– naik148 pip |
Gbp/Usd– sideways 210 pip | Gbp/Usd– jatuh 282 pip |
Usd/Chf- naik 207 pip | Usd/Chf- naik 99 pip |
Usd/Cad– naik 303 pip | Usd/Cad– jatuh 200 pip |
Aud/Usd– jatuh 210 pip | Aud/Usd– jatuh 91 pip |
Nzd/Usd– jatuh 186 pip | Nzd/Usd– naik 126 pip |
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.
Core-PCE US (Isnin)
Perbelanjaan pengguna (consumer spending) mecatat peningkatan tertinggi melebihi 8 tahun pada bulan September berikutan peningkatan perbelanjaan isirumah di Texas dan Florida. Manakala indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras (core-PCE) meningkat 0.1% pada bulan September, sejajar dengan jangkaan penganalisis. Bacaan tahunan (y/y) naik 1.3% setahun pada bulan September, sejajar dengan jangkaan.
Penetapan polisi Bank of Japan (Selasa)
Kadar faedah dikekalkan pada -0.1% dan sasaran hasil bon Jepun (JGB) pada pada 0%. Bank pusat akan meneruskan pembelian bon JGB sebanyak ¥80 trillion setahun. Selain itu, BoJ juga mengekalkan pembelian saham J-REIT dan ETF pada ¥90 billion dan ¥6 trillion.
Data-data ekonomi Zon-Eropah (Selasa)
Harga pengguna (CPI) naik 1.40% pada Oktober, susut daripada 1.50% sebelum ini. Pasaran menjangka bacaan kali ini adalah 1.50% yang mana lebih tinggi dari bacaan sebenar. Ekonomi Zon Eropah (negara-negara menggunakan matawang Euro) secara keseluruhan meningkat pada suku ketiga, menurut data GDP (pertumbuhan ekonomi) yang dikeluarkan pada Selasa. Gross Domestic Product (GDP) atau Keluaran dalam Negara Kasar meningkat 0.6% pada suku ketiga (q/q). Manakala dari segi tahunan, GDP naik sebanyak 2.5%, naik dari 2.1% sebelum ini.
Pertumbuhan ekonomi Kanada (Selasa)
Gross domestic product, GDP (Keluaran dalam Negara Kasar, KDNK) meleset sebanyak -0.1% pada Ogos. Jangkaan pasaran untuk data kali ini meningkat 0.1%. Sejurus selepas data ini dikeluarkan, pasangan matawang USD/CAD naik hampir 80 pip yang menunjukkan kelemahan dolar Kanada (CAD).
Data pekerjaan New Zealand (Rabu)
Kadar penyertaan tanaga buruh dalam pasaran pekerjaan meningkat ke paras tertinggi 71.1% yang menunjukkan lebih ramai orang yang keluar mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama kadar gunatenaga juga capai paras tertinggi. Indeks kos buruh yang menunjukkan kadar gaji di New Zealand meningkat kepada 1.9% dari 1.7%. Ini adalah bacaan tertinggi sejak September 2012.
Data sektor pembuatan UK (Rabu)
Indeks pembuatan UK naik ke paras 56.3 pada Oktober dari 56.0 yang dicatat pada September. Jangkaan untuk data kali ini adalah 55.8. “Tekanan harga terus naik walaupun kos input meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh tujuh bulan.”
Data ADP-NFP (Rabu)
Tambahan 235,000 pekerjaan pada Oktober lebih daripada jangkaan pasaran 202,000. “Pasaran pekerjaan kekal baik di mana pengambilan pekerja naik semula sehingga mencapai antara paras tertinggi tahun ini,” kata Ahu Yildirmaz, naib presiden ADP Research Institute.
Data sektor pembuatan US (Rabu)
Aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan Amerika Syarikat meleset lebih daripada jangkaan pada Oktober. Walaubagaimanapun, bacaan semasa kekal hampir dengan bacaan tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Bacaan meleset kepada 58.7 dari 60.8 pada September. Jangkaan bagi data kali ini adalah kenaikan ke paras 59.5.
Penetapan polisi monetari The Fed (Khamis)
Pembuat dasar Federal Open Market Committee (FOMC) bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada paras 1%-1.25%. The Fed juga memberikan tanda bahawa kadar faedah akan dinaikkan secara bertahap pada masa akan datang tanpa menyatakan bilakah kadar faedah akan dinaikan. Bagi Yellen dan beberapa pembuat dasar, kenaikan secara beransur-ansur akan mengukuhkan lagi ekonomi secara keseluruhan.
Data perdagangan Australia (Khamis)
Lebihan dagangan meningkat 2 kali ganda iaitu sebanyak $1.74 billion pada bulan September berbanding bulan sebelumnya yang mencatat lebihan dagangan sebanyak $0.87 billion. Pasaran menjangkakan lebihan dagangan hanya pada sekitar $1.1 billion.
Penetapan polisi monetari BOE (Khamis)
Seperti dijangka Bank of England (BoE) menaikkan kadar faedah kepada 0.50% dari 0.25% sebelum ini. Antara penyebab kejatuhan matawang GBP adalah kenyataan BoE bahawa kenaikan kadar faedah selepas ini akan dijalankan secara beransur-ansur dan terhad.
Data jualan runcit Australia (Khamis)
Jualan runcit kekal mendatar iaitu tidak berubah 0.0% pada bulan September. Penganalisis menjangkakan jualan runcit akan meningkat 0.4% selepas jualan runcit negara itu berkurangan sebanyak 0.7% pada bulan Ogos.
Data sektor perkhidmatan UK (Khamis)
Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) sektor perkhidmatan meningkat kepada 55.6 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 53.6. Bacaan bulan Oktober iaitu 55.6 merupakan bacaan tertinggi sejak April lalu dan peningkatan ini merupakan peningkatan terbesar 12 bulan lalu
Data pekerjaan Amerika Syarikat (Jumaat)
Jumlah pekerjaan (non-farm employment change) hanya bertambah 261,000 berbanding jangkaan 312,000. Data sebelum ini yang direkod merosot sebanyak -33,000 dikaji semula kepada 18,000.
Manakala data kadar gaji (average-hourly earnings) tidak berubah (0%) berbanding jangkaan kenaikan 0.2%. Bacaan kali ini meleset daripada kenaikan yang direkod sebelum ini sebanyak 0.5%.
Walaupun dengan kedua-dua data yang meleset, kadar pengangguran masih positif apabila berkurangan kepada 4.1% dari 4.2% sebelum ini.
Data pekerjaan Kanada (Jumaat)
Kanada menambah pekerjaan lebih daripada jangkaan walaupun dengan suasana pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Pekerjaan sepenuh-masa (full-time) melonjak dengan kadar gaji meningkat pada bulan kedua berturut-turut. Dari segi tahunan (y/y) pekerjaan di Kanada meningkat sebanyak 308,100 atau kenaikan 1.7%. Pekerjaan sepenuh-masa (full-time) melonjak 88,700 berbanding peningkatan 112,000 pada bulan sebelum ini. Pekerjaan separuh masa (part-time) pula jatuh sebanyak 53,400.
Data sektor perkhidmatan US (Jumaat)
Bacaan indeks ISM non-manufacturing PMI (sektor perkhidmatan) naik ke paras 60.1 daripada 59.8 sebelum ini. Jangkaan untuk data kali ini adalah 58.5. Anthony Nieves, pengerusi Institute for Supply Management (ISM) berkata bacaan pada Oktober adalah yang tertinggi sejak 2008. “Sektor bukan pembuatan merekod kenaikan tiga bulan berturut-turut. “Komen-komen daripada responden menunjukkan keadaan perniagaan yang positif pada permulaan suku keempat 2017.”
The post Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Forex Sepanjang Minggu Lalu (30 Okt – 03 Nov) appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ziVeFc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment