Hi! Welcome Back and Stay Tune! Identiti 4 lelaki kes bunuh Kim Chol didedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Identiti 4 lelaki kes bunuh Kim Chol didedah


SHAH ALAM: Identiti sebenar empat lelaki masih bebas yang didakwa bersama-sama membunuh warga Korea Utara, Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam) dan pergerakan mereka di negara ini, didedahkan di Mahkamah Tinggi.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz memberitahu mahkamah, empat individu itu dikenali sebagai Mr Chang, James, Mr Y dan Hanamori yang juga dikenali sebagai 'Grandpa' atau 'Uncle'.

Pada prosiding itu, Wan Azirul Nizam berkata, nama empat individu berkenaan diberikan kepadanya oleh tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam Doan Thi Huong.

Dalam prosiding hari ini, Wan Azirul Nizam berkata, nama sebenar Mr Chang ialah Hong Song Sac, 34; James (O Jong Dil), 55; Mr Y (Ri Ji Hyon), 33, manakala Hanamori ialah Ri Jae Nam, 57.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Iskandar Ahmad pada pemeriksaan utama dalam prosiding hari ini, saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, nama sebenar semua suspek diperoleh melalui maklumat risikan Cawangan Khas Bukit Aman.

Song Sac memasuki Malaysia pada 31 Januari 2017, Ji Hyon pada 4 Februari, Jae Nam tiba di negara ini pada 1 Februari dan Jong Dil pada 7 Februari.

"Semua suspek keluar dari negara ini pada 13 Februari lalu iaitu hari Kim Chol diserang," katanya.

Wan Azirul Nizam berkata, selepas memperoleh identiti sebenar keempat-empat suspek, beliau memohon waran tangkap ke atas mereka dikeluarkan menerusi Interpol, namun belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Siasatan pihaknya mendapati Song Sac, Jae Nam dan Ji Hyon keluar dari Malaysia menaiki penerbangan ke Jakarta pada jam 12.30 tengah hari, 13 Februari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengingati pergerakan Jong Dil kerana tidak membawa buku catatan pada prosiding hari ini.

Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 4.15 petang 13 Februari menunjukkan wakil Kedutaan Korea Utara dan pegawai syarikat penerbangan Koryo Air membantu pengurusan tiket Jong Dil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, rakaman CCTV menunjukkan tiga suspek lain berjumpa dengan wakil kedutaan dan pegawai syarikat penerbangan itu pada jam 10.30 pagi hari sama di KLIA bagi tujuan sama.

"Keempat-empat suspek menggunakan laluan khas yang hanya dibenarkan kepada petugas khas atau individu memiliki pas," katanya.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zyWjvB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.