Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sorok Dadah Dalam Bagasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sorok Dadah Dalam Bagasi


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamin seberat 27.45 kilogram (kg) bernilai RM1.92 juta dalam tiga serbuan sepanjang dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, pihaknya turut menahan empat lelaki warga India berusia antara 23 hingga 53 tahun dan siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa dari Chennai, India.

Menurutnya, sebanyak lima kg dadah itu bernilai RM350,000 dirampas di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 KLIA pada 7.25 pagi, 20 Oktober lalu.

"Dadah berkenaan disorokkan di ruangan tersembunyi dalam dua bagasi dan seorang lelaki berusia 53 tahun turut ditahan.

“Kes berkenaan sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang dan akan dibicarakan selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kimia," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKDM KLIA Abdul Wahabi Abdullah dan Timbalan Pengarah JKDM KLIA (Penguatkuasaan/Pematuhan) Abu Kasin Ahmad.

Zulkifli berkata, bagi kes kedua pula, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan di klia2 selepas pemeriksaan melalui mesin pengimbas ke atas dua bagasinya berjaya mengesan 8.4 kg dadah sama bernilai RM588,000.

"Dadah berkenaan disorokkan dalam 35 beg kecil. Suspek yang ditahan kemudian direman di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor untuk siasatan lanjut.

"Kes ketiga pula, kita berjaya merampas sebanyak 14.05 kg dadah bernilai RM983,500 pada 7.40 pagi Khamis lalu dan dua suspek berusia 43 serta 52 tahun turut ditahan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua daripada bagasi dibawa suspek membawa bahan terlarang disyaki dadah yang disorokkan di dalam dua tin biskut bersama serbuk kunyit.

Katanya, kedua-dua suspek yang tiba di negara ini melalui penerbangan dari India kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Acszkp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.