Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Rabun Kronik Jawab SPM Guna Kertas A3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Rabun Kronik Jawab SPM Guna Kertas A3

SEREMBAN – Chow Jia Yin, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghidap penyakit rabun kronik, hari ini menjawab peperiksaan itu menggunakan kertas soalan lebih besar iaitu bersaiz A3 yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pelajar berusia 18 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Mewah di sini itu merupakan antara 18,145 calon yang menduduki SPM melibatkan 147 pusat peperiksaan di Negeri Sembilan.

Gurunya, Zalilah Abd Kahar berkata Chow menjawab soalan peperiksaan menggunakan kertas bersaiz A3 sejak Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), termasuk peperiksaan dalaman yang dijalankan pihak sekolah.

“Sebelum Chow dibenarkan menjawab soalan peperiksaan menggunakan kertas bersaiz besar ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah melakukan beberapa ujian kepada pelajar terbabit bagi mengesahkan tahap penglihatannya.

“Selepas disahkan, barulah Chow dibenarkan menjawab peperiksaan menggunakan kertas bersaiz A3 ini,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Mewah di sini, hari ini.

Zalilah berkata meskipun menghadapi kesukaran untuk mengulang kaji pelajaran kerana menggunakan buku bersaiz biasa, Chow dilihat tetap berusaha membuat persiapan bagi menghadapi SPM.

“Selain itu, Chow turut diberikan perhatian dalam kalangan kakitangan sekolah dan juga rakan-rakannya khususnya dari segi pergerakan Chow kerana bimbang dia akan terjatuh disebabkan penglihatan yang sangat terhad walaupun menggunakan cermin mata,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata daripada jumlah calon yang mengambil SPM, 15,972 adalah calon Sekolah Kerajaan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

“Selebihnya seramai 2,173 calon pula dari Sekolah Swasta, Maktab Rendah Sains Mara, calon persendirian dan Sekolah Menengah Agama Negeri,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yAPf18

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.