“Yang Kecam Saya Cium Suami, Sila Periksa Hati”
Selain kehangatan kemenangan JDT di Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu, turut menarik perhatian adalah video Mia Ahmad mencium suaminya, juga penjaga gol pasukan itu. Jelasnya tindakan itu dilakukan secara spontan kerana terlalu gembira dan tidak kisah andai ianya tidak disenangi ramai.
BACA: Mia Ahmad Dedah Perangai Suami Lepas Kahwin
“Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu. Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami”
“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula. Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara tersebut.
Dalam video itu, Mia yang tampak sangat gembira dengan spontannya menarik bahu suaminya serta mencium pipi. Rata-rata ada yang menganggap tindakannya sangat romantis namun ada juga berpendapat perkara sebegitu tidak perlu ditunjukkan kepada umum biarpun bergelar suami.
Apapun sebagai manusia, anda juga pastinya akan berbuat perkara yang sama kalau gembira dengan kejayaan orang tersayang. Tidak salahnya rasanya tindakannya itu, bukanlah keterlaluan, hanya beberapa saat saja ciuman yang diberikan. Tidak perlulah rajin sangat mencari kesalahan orang lain. (rtky/w)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y7sbmt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment