Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah DAP Sokong Bugis Balik Ke Tempat Asal? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah DAP Sokong Bugis Balik Ke Tempat Asal?


KUALA LUMPUR – Mengapa DAP tidak membantah kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kaum Bugis yang beliau labelkan sebagai lanun balik ke tempat asal mereka?

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mempersoalkan bukankah DAP yang selama ini melompat dan mengkritik dengan `sekuat-kuatnya’ apabila terdapat kenyataan perkauman diucapkan oleh mana-mana ahli politik.

“Tetapi apabila Mahathir enggan meminta maaf atas kenyataan beliau yang dituduh berbaur perkauman, mereka (DAP) berdiam diri tanpa sebarang komen atau kenyataan mengutuk sifat perkauman terbuka oleh pemimpin Pakatan Harapan.

“Dengan kebisuan dan kegagalan mereka untuk mengutuk, adakah DAP kini menyetujui bahawa ahli-ahli politik boleh mendesak mana-mana pihak untuk “balik” ke tempat asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teck Meng berkata, perkembangan itu sekadar membuktikan sifat hipokrit DAP yang dikeji, dwi-standard dan tidak ikhlas terhadap anti-perkauman kerana bersikap bias berdasarkan kepentingan politik.

Justeru, katanya, beliau mencabar pemimpin DAP terutama di Johor seperti Teo Nie Ching dan Liew Ching Tong untuk mengecam kenyataan Mahathir yang menghina bangsa Bugis tersebut.

Tegas beliau, DAP harus bercakap serupa bikin dengan bangkit bersuara untuk menentang unsur perkauman yang ditunjukkan oleh pemimpin mereka sendiri termasuk Mahathir.

“Adakah kebisuan DAP terhadap kenyataan Mahathir juga merupakan tanda tunduk kepala dalam politik? Bagaimana jika penghinaan tersebut ditujukan terhadap komuniti Cina oleh pemimpin Pakatan Harapan, adakan pemimpin DAP akan terus berdiam diri?

“Kenyataan salah Mahathir boleh menghasut kebencian, penghinaan dan diskriminasi berdasarkan keturunan seseorang dan ia tidak memberi kebaikan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia,” katanya. - MyNewsHubb


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A8iFDZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.