Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan utamakan warga asing - NUFAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan utamakan warga asing - NUFAM

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) mempunyai rekod mengenai tindakan majikan yang memberhentikan pekerja tempatan, tetapi pada masa sama mengekalkan pekerja asing.

Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin, berkata Malaysia Airlines Berhad sebagai contoh, memberhentikan pekerja tempatan, tetapi mengekalkan pekerja asing dari Jepun, Korea dan India.

Beliau berkata, pengurusan tinggi dan perunding asing juga dibawa masuk ke dalam syarikat penerbangan berkenaan."

"Warga dari Amerika Latin dilantik sebagai Ketua Pengurus Jabatan Sumber Manusia tetapi pengurus tempatan diberhentikan.

"Tindakan berkenaan jelas menunjukkan pelanggaran Akta Kerja 1955. Bagaimanapun, persoalannya wujudkah pihak yang memantau isu dan masalah pembuangan pekerja?," katanya dalam satu kenyataan kepada BH, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib, yang menyatakan majikan harus mengikut garis panduan Akta Kerja 1955 (Akta 255), yang mana pekerja asing hendaklah diberhentikan terdahulu sebelum pekerja tempatan.

Di bawah akta sama, majikan yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan pekerja yang diberhentikan boleh menuntut hak mereka.

Ismail berkata, kesatuan itu juga mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menyelidik semula kes pembuangan pekerja yang melanggar kontrak pekerjaan.

"Kontrak bersama pekerja harus diambil kira dan mengikut syarat Akta Kerja 1955, seseorang pekerja itu layak dan masih boleh bekerja sehingga umur mereka bersara. Malangnya, banyak syarikat melanggar syarat berkenaan.

"Contohnya, ramai anak kapal syarikat penerbangan negara diberhentikan kerana berat badan walaupun tiada dinyatakan dalam kontrak bahawa majikan mempunyai hak untuk memecat seseorang pekerja itu jika berat badannya bertambah," katanya.



Sumber Majikan utamakan warga asing - NUFAM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AbV4zI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.