Dompet tercicir, 3 Anggota polis ditahan tembak ahli perniagaan, motif dipercayai untuk menyamun
TIGA anggota polis ditahan selepas dipercayai terbabit menembak ahli perniagaan di rumahnya di Jaya Gading, Kuantan, hari ini.
Difahamkan, dua suspek yang ditahan bertugas di cawangan trafik IPD Kuantan manakala seorang lagi di bilik gerakan Ibu IPK Pahang.
Sumber polis berkata, semua mereka berusia antara 25 hingga 30 tahun dan ditahan antara 8 hingga 9 pagi, Sabtu, di sekitar Kuantan.
Tangkapan dilakukan selepas pihak berkuasa memperoleh petunjuk hasil penemuan dompet dipercayai milik seorang daripada suspek di kawasan rumah mangsa.
“Semua suspek akan direman untuk membantu siasatan. Sehingga ini, motif tembakan yang dilepaskan adalah untuk menyamun mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i5amlj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment