Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gunung Agung meletus: AirAsia batal penerbangan ke Bali, Lombok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gunung Agung meletus: AirAsia batal penerbangan ke Bali, Lombok

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia membatalkan sekurang-kurangnya 34 penerbangan membabitkan sektor Bali dan Lombok hari ini susulan letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambah murah itu memaklumkan pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan berkenaan dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menjamin keselamatan penumpang.

Semua penumpang yang terjejas diberikan dua pilihan pertama, mereka boleh menukar tarikh perjalanan dengan destinasi sama dalam tempoh 30 hari bermula waktu asal penerbangan dibatalkan tanpa dikenakan sebarang kos tetapi bergantung kepada kekosongan tempat duduk.

"Manakala kedua, iaitu mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit untuk perjalanan masa depan dengan AirAsia. Akaun Kredit dalam talian yang akan ditebus dalam tempoh 90 hari  tarikh pengeluaran," kata kenyataan itu.

Para penumpang boleh membuat semakan di laman web AirAsia www.airasia.com untuk maklumat lanjut.

Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu semalam dengan mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.

Ia dilaporkan masih mengeluarkan asap sehingga pagi tadi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iS4usR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.