Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid Tahun 1 terima manfaat akaun SSPN-i - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid Tahun 1 terima manfaat akaun SSPN-i

PASIR GUDANG: Seramai 216 murid Tahun Satu daripada 32 sekolah sekitar Parlimen Pasir Gudang, masing-masing menerima sumbangan RM100 sebagai deposit untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Sumbangan RM50 untuk membuka akaun itu diagihkan Pejabat Parlimen Pasir Gudang, manakala tambahan RM50 lagi diberikan kerajaan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, menyifatkan pemberian sumbangan oleh Parlimen Pasir Gudang itu wajar dicontohi semua kawasan lain di Johor dan seluruh negara.

"Ini kerana murid Tahun Satu ini bukan hanya menerima RM50, sebaliknya menerima tambahan simpanan secara percuma daripada kerajaan menerusi PTPTN sebanyak RM50, sekali gus menjadikan simpanan keseluruhan RM100," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kembali ke Sekolah dan Penyampaian Sumbangan Pembukaan Akaun SSPN-i yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nam Heng, Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu Normala berkata, Bajet Johor 2018 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Khamis lalu, turut mengumumkan kerajaan negeri akan membantu pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM50 untuk setiap bayi yang dilahirkan di negeri itu membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000 dan khusus untuk ibu bapa berpendapatan bawah RM7,000.

Katanya, kewujudan SSPN-i sememangnya suatu anugerah kepada rakyat Malaysia kerana instrumen itu adalah pelan simpanan terbaik yang disediakan untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2018 lalu, mengumumkan peruntukan RM250 juta diperuntukkan kepada 500,000 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang akan dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) yang dikelolakan PTPTN.

Normala berkata, langkah kerajaan itu bertujuan menggalakkan budaya menabung untuk tujuan pendidikan.

"Sumbangan pembukaan akaun SSPN-i ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dan menggalakkan sikap menabung dalam masyarakat kita.

"Sumbangan dua pasang baju sekolah dan kasut turut membantu ibu bapa dan memberi peluang kepada anak-anak ini turut merasai memakai baju baharu seperti rakan mereka yang lain, " katanya.

KOMEN IBU BAPA

Saya berharap lebih ramai ibu bapa menabung demi pendidikan dan masa depan anak mereka

- HIRMINA TAIB, 31, surirumah

Saya berterima kasih kepada kerajaan dan PTPTN yang memberi peluang saya menabung untuk anak, sekali gus menjamin masa depan anak.

- BASARUDDIN SUMAN, 53, peniaga



Sumber Murid Tahun 1 terima manfaat akaun SSPN-i

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jmIBkU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.