Gabungan 100,000 masjid di seluruh dunia
SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini menubuhkan Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al-Aqsa (AMSA).
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata dalam tempoh tiga tahun, pihaknya menyasarkan penyertaan 100,000 masjid dan surau di seluruh dunia dalam gabungan itu, sekali gus menjadi pusat penganjuran pelbagai program berkaitan Masjid Al-Aqsa.
"Gabungan masjid dan surau ini bertujuan menyatukan seluruh dunia bagi melindungi masjid ketiga suci umat Islam.
"Semua umat Islam, sama ada Palestin atau orang Arab harus tahu tanggungjawab mempertahankan Al-Aqsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran AMSI, di pejabat MAPIM Seksyen 13, di sini.
Mohd Azmi berkata, di negara ini sahaja, terdapat kira-kira 6,400 masjid serta 40,000 surau.
"Setakat ini, lebih 100 masjid dan surau bersetuju menyertai gabungan itu.
"Untuk permulaan, kita lancarkan AMSA di Malaysia dahulu. Kita juga sudah mendapat reaksi positif dari masjid di Indonesia dan Thailand yang berminat menyertai AMSA," katanya.
Sumber Gabungan 100,000 masjid di seluruh dunia
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jobtck
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment