KPC Fun Ride tarik 542 penyertaan
KUANTAN: Acara berbasikal santai julung kali dianjurkan Kuantan Port Consortium (KPC) menarik penyertaan 542 peminat sukan berbasikal dari dalam dan luar negara.
Program yang bermula di pekarangan Wisma KPC, dekat Pelabuhan Kuantan itu dirasmikan Pengurus Besar (Operasi) KPC, Mazlim Husin, semalam.
Objektif utama penganjuran program itu adalah bagi mempromosikan gaya hidup sihat, selain memberi peluang kepada peserta melihat sendiri usaha KPC memulihara kawasan sekitar pelabuhan yang terjejas teruk akibat aktiviti bauksit dua tahun lalu.
"Kita memilih untuk menganjurkan program 'Fun Ride' ini bagi memberi akses kepada orang ramai, terutamanya peminat sukan berbasikal berkumpul dan melihat pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan pelabuhan.
"Kalau nak kira, kawasan ini antara yang terjejas teruk ketika aktiviti perlombongan bauksit kira-kira dua tahun lalu.
"Jadi, apabila kerajaan melaksanakan moratorium, KPC memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kawasan ini kembali pulih seperti sedia kala," katanya ketika ditemui, di sini.
Mazlim berkata, penganjuran sulung itu turut menarik minat dua peserta dari luar negara dan yakin lebih ramai peserta dari luar negara akan menyertai program itu pada tahun depan.
Katanya, KPC tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan dalam usaha merapatkan hubungan KPC dengan masyarakat setempat.
"Bagi penganjuran tahun ini, kita tidak menyediakan kategori tertentu untuk peserta. Semua perlu melengkapkan kayuhan sejauh 40 kilometer.
"Mungkin untuk penganjuran akan datang, kita akan perkenalkan (kategori) untuk mereka pilih. Paling utama, objektif penganjuran dapat dicapai," katanya.
Sumber KPC Fun Ride tarik 542 penyertaan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i7xZtH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment