Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gunung Agung Meletus Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gunung Agung Meletus Lagi


DENPASAR: Gunung Agung, gunung berapi di Pulau Bali dilaporkan meletus lagi dan mengeluarkan asap tebal setinggi 3,000 meter dan menyebabkan berlaku hujan abu.

Menurut Pusat Vulkanologi Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), setakat 12 tengah hari ini, status letusan gunung berapi itu masih pada tahap III (Siaga) dan berkemungkinan dinaikkan ke tahap IV (Berbahaya) jika keadaan bertambah serius.

Agensi berita Antara melaporkan penduduk di sekitar gunung berkenaan telah diminta berpindah dan tidak dibenarkan berada di kawasan sekitar enam hingga 7.5 kilometer dari kawasan gunung berkenaan.

Menurut Kompas, setakat ini belum terdapat arahan penutupan Lapangan Terbang Antrabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali.

Namun, dilaporkan sebanyak 16 penerbangan membabitkan enam syarikat penerbangan iaitu Jetstar, KLM, Qantas dan Virgin Air telah membatalkan penerbangan dari dan ke Bali hari ini.

Kementerian Perhubungan juga dilaporkan telah menetapkan 10 lapangan terbang lain iaitu Jakarta, Makassar, Surabaya, Balikpapan, Solo, Ambon, Manado, Praya, Kupang dan Banyuwangi sebagai alternatif kepada semua penerbangan yang mahu membatalkan penerbangan mereka ke Bali.

Keadaan itu menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Ngurah Rai, Arie Ahsanurrohim, berkata lapangan terbang itu beroperasi seperti biasa.

"Kami akan cuba memastikan keselesaan penumpang terkandas di lapangan terbang ini sebaik mungkin.

"Setakat ini, bilik khas disediakan bagi membolehkan mereka membuka beg dan menonton video untuk berehat," katanya.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 2,000 penumpang terjejas akibat gangguan penerbangan itu kebanyakannya pelancong dari Australia. - BERNAMA / AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k1DfPT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.