Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sikap jujur ubah hidup gelandangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sikap jujur ubah hidup gelandangan

Seorang gelandangan tidak menyangka tindakannya memulangkan cek bernilai AS$10,000 (RM41,135) kepada seorang usahawan akan mengubah hidupnya.

Menurut FOX61, Elmer Alvarez memulangkan cek itu kepada Dr. Roberta Hoskie pada 14 November lalu dan diberikan ganjaran wang.

Bukan itu sahaja, dia turut ditawarkan memasuki sebuah kolej hartanah dan mengikuti kelas Bahasa Inggeris secara percuma.

Bagaimanapun, Dr Roberta merancang satu lagi kejutan untuk Elmer.

Dalam satu perjumpaan di sebuah dewan Rabu lalu, Dr Roberta mengumumkan pemberian sebuah rumah kepada Elmer.

“Awak tak perlu risau dengan kesejukan lagi,” kata Dr. Roberta kepada Elmer yang mula menangis.

Wanita pemurah itu juga mengatur satu temuramah kerja untuk Elmer dengan rakan kongsinya.

Menerusi rakaman Fox61, Elmer dilihat tidak henti-henti mengucapkan terima kasih sambil mengalirkan air matanya.

Bagaimanapun, Dr Roberta mengenakan satu syarat mudah untuk Elmer selepas beliau menyusun semula hidup geladangan itu.

“Apabila semuanya tenang, anda terus maju ke hadapan dan terus berbuat baik kepada orang yang seterusnya dan orang-orang yang seterusnya,’ kata Dr. Roberta merujuk ekspressi  ‘pay it forward’.

‘Pay it forward’ adalah satu ekspressi barat melibatkan usaha mulia oleh individu pertama kepada individu kedua, dan kemudian individu kedua meneruskan usaha berkenaan terhadap individu ketiga dan seterusnya.

Kata Dr Roberta, beliau faham dengan keadaan Elmer yang hidup bergelandangan kerana  pernah hidup di tepi jalan.

The post Sikap jujur ubah hidup gelandangan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iTALzU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.