Hi! Welcome Back and Stay Tune! ROBERT KUOK DAN MALAYSIA YANG HILANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ROBERT KUOK DAN MALAYSIA YANG HILANG

MEMBACA cerita Robert Kuok tentang pemimpin Malaysia dahulu, ada satu anekdot yang begitu meninggalkan kesan.

Anekdot itu menunjukkan bagaimana jauh bezanya pemimpin sekarang tertinggal dari segi integriti, kebertanggungjawaban, kejujuran dan rasa amanah kepada negara.

Dalam memoirnya, Kuok mengimbau satu peristiwa apabila bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menulis sepucuk surat kepada Menteri Kewangan ketika itu, Tan Siew Sin meminta cukai ke atas kawan sepermainan pokernya dikurangkan.

Siew Sin yang marah kerana diminta campur tangan dan mengabaikan peraturan pergi berjumpa Dr Ismail Abdul Rahman.

Dr Ismail memberikannya nasihat yang bernas. Kata beliau kepada rakan kabinetnya itu, Tunku Abdul Rahman menolong kawannya dengan menulis surat tersebut; sekarang masanya pula untuk Siew Sin menolong negara dengan melaksanakan tugas yang sewajarnya.

Dr Ismail merenyukkan surat itu dan mencampakkannya ke dalam tong sampah.

Mereka inilah sebenarnya pemegang amanah negara.

Tidak akan ada skandal BMf, Perwaja Steel dan paling penting, tidak akan mungkin berlaku kleptokrasi yang paling besar di dunia.

Kalau pun PM atau pemimpin Umno pada masa itu cuba mencadangkan sesuatu yang mencurigakan, akan ada yang membantahnya.

Berbeza dengan barisan pemimpin yang ada pada hari ini.

Kronisme. Nepotisme. Semua jenis “isme” yang ditentang oleh pemimpin era yang lalu kini sudah berjangkit pada kepimpinan negara hari ini, dari atas sampai ke bawah.

Tetapi apa yang lebih menyedihkan ialah tidak seperti tokoh terbilang masa lalu, kita sekarang dikelilingi oleh juara yang sedang-sedang saja.

Integriti dan kejujuran pemimpin terdahulu bukan pakaian mereka, sebaliknya untuk mereka ialah untung segera menang pilihan raya dan kekal berkuasa dengan apa juga cara.

Kroni dan pengikut itu sesuatu yang mesti, atas nama pembangunan dan memastikan ketuanan kaum dan agama.

Bagi mereka yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara ini, tidak penting bahawa mereka sebenarnya cakap tak serupa bikin. Rakyat terbiar miskin berpuluh-puluh tahun selepas Merdeka tetapi mereka terus menaburkan harapan, sama banyaknya dengan kontrak dan konsesi yang disapu oleh kroni.

Ada tidak sesiapa dalam kerajaan yang sedia bangkit menghentikan segala salah guna mandat yang terang-terang begini? Ada tidak sesiapa yang sedia melakukan apa yang mereka ikrarkan? Sediakah mereka mendedahkan salah laku?

Jawabnya tentulah tidak. Ia tidak akan berlaku kerana segelintir yang melakukannya dipecat dan dihukum.

Kuok bercakap tentang Malaysia pada suatu zaman yang sudah lama berlalu, dan tidak akan berulang kembali.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zClCgr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.