Anggota Tentera Dipenjara 16 Tahun Rogol Rakan Wanita Berusia 18 Tahun Depan Orang Lain..
KOTA BHARU: Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dikenakan enam sebatan kerana didapati bersalah merogol kenalan wanitanya dua tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Muhamad Bukhori Mohd Zawawi, 21, telah merogol mangsa berusia 18 tahun sekitar jam 11 malam pada 15 Oktober 2015 di kawasan Bukit Peraksi, Semerak daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Suspek yang diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan orang lain.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh sebagai pengajaran.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan esok untuk proses prosiding penangguhan hukuman bagi proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Sumber: Astro Awani
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zq0YvX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment