Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wabak Demam Tifoid Serang Kawasan Long Urun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wabak Demam Tifoid Serang Kawasan Long Urun


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mengunjungi Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga, bahagian Kapit, Sarawak diminta supaya mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berikutan wabak demam tifoid yang di kesan di situ sejak 2 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 24 November lalu, sebanyak sembilan kes dikesan di situ termasuk seorang pembawa sihat dan kesemua mereka telah dimasukkan ke Hosital Bintulu untuk mendapatkan rawatan.

Jelas beliau, demam tifoid adalah penyakit berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan bakteria Salmonella typhi dan pesakit yang dijangkiti akan menghidap gejala seperti demam tinggi, sakit kepala dan kurang selera makan.

Kata beliau, tanda lain penyakit itu adalah mengalami loya, muntah, sakit perut, sukar membuang air besar atau cirit-birit dan segelintir pesakit akan mengalami ruam terutama pada leher dan perut dan keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat.

“Long Urun terletak kira-kira 75km dari Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga dan kira-kira 215 km perjalanan darat ke hospital terdekat iaitu Hospital Bintulu di Bahagian Bintulu. Siasatan awal di lokaliti wabak mendapati sistem bekalan air paip graviti di kawasan itu tidak berfungsi dengan baik.

“Jabatan Kesihatan Sarawak dengan kerjasama pihak terlibat telah merancang kerja-kerja pembaikan yang akan dijalankan dalam masa terdekat. Survelan demam tifoid termasuk pengesanan kes secara aktif di Long Urun dan kampung berhampiran dipertingkatkan. Siasatan masih terus dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar berlakunya jangkitan kejadian wabak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun berkata, situasi wabak adalah dalam keadaan terkawal dan tiada kes kematian dilaporkan dan penyakit itu boleh dirawat dengan memberikan ubat antibiotik bagi membunuh kuman penyebab penyakit serta rawatan ke atas dehidrasi.

Justeru, katanya, orang ramai di kawasan terlibat atau yang pergi melawat ke kawasan tersebut diminta mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

Menurut beliau, orang ramai turut diminta hanya makan makanan yang telah dimasak, menggunakan air yang telah dimasak untuk diminum dan menggunakan air terawat untuk mencuci peralatan dapur dan bahan mentah memasak.

Manakala, kata beliau, penduduk setempat yang mempunyai gejala demam berpanjangan atau perubahan kepada tabiat membuang air besar agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi wabak demam tifoid ini dan berharap penduduk di kawasan terlibat sentiasa mengikuti nasihat kesihatan yang diberikan bagi memastikan kejadian ini dapat dikawal dengan segera,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AxjJ51

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.