Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janna Nick mengaku berselisih faham dengan Fattah Amin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janna Nick mengaku berselisih faham dengan Fattah Amin

Pelakon, Janna Nick, mengaku timbul perselisihan faham antara beliau dan hero gandingan, Fattah Amin, ketika menjalani penggambaran drama adaptasi, Coffee Prince, arahan Michael Ang.

Janna menjelaskan, kekeliruan yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan secara baik.

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu turut berharap mereka yang tidak berada di tempat kejadian agar tidak menokok tambah cerita berkenaan yang hanya boleh memburukkan lagi keadaan.

“Biasalah, apabila kita sudah bekerja hingga ke lewat pagi, badan pun sudah penat, jadi timbul sedikit salah faham antara saya dengan Fattah. Namun kami sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan kekeliruan itu.

“Saya berharap mereka di luar sana yang tidak berada di tempat kejadian usah merumitkan lagi keadaan kerana kami berdua duduk membincangkan perkara ini secara matang.

“Lagipun, masih banyak kerja yang perlu kami lakukan bersama. Saya sendiri tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” kata Janna, 22, kepada BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara TGR Racing Festival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, semalam.

Terdahulu, cerita mengenai perselisihan faham antara mereka di lokasi drama berkenaan bertebaran di ruangan gosip tempatan.

Drama Coffee Prince yang menampilkan Fattah dan Janna sebagai teraju utama akan mula menemui penonton menerusi sebuah saluran berbayar, esok.

 

Sumber: BH Online



Sumber Janna Nick mengaku berselisih faham dengan Fattah Amin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQnxUk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.