Reman pengurus projek selewang skim baja RM2.54 juta disambung
Perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Lee Kim Keat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suspek yang tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh sekitar 10 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai SPRM.Suspek sebelum ini ditahan pada jam 3 petang di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Melaka di Jalan Hang Tuah pada 20 November lalu dan direman selama enam hari yang berakhir hari ini.
Penahanan dibuat selepas suspek dipercayai membuat sebanyak 23 tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.54 juta melibatkan sejumlah 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK tersebut.
Kerajaan telah membayar kira-kira RM1.33 juta daripada tuntutan tersebut manakala selebihnya belum dibayar.
Sepanjang tempoh siasatan, tiga suspek termasuk dua pesawah dan seorang pekebun berusia antara 48 hingga 52 tahun turut ditahan sejak Selasa lalu bagi membantu di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jWYyC6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment