Hi! Welcome Back and Stay Tune! PH janji selesai isu kad pengenalan merah jika menang PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PH janji selesai isu kad pengenalan merah jika menang PRU14

 | November 26, 2017
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, rakyat khasnya orang India masih berdepan masalah kad pengenalan merah, walaupun mereka dilahirkan di sini dan sudah lama tinggal di negara ini.
VIDEO INSIDE
Mohamad-Sabu-rakyat-indiaSEREMBAN: Mohamad Sabu berjanji Pakatan Harapan (PH) akan menyelesaikan isu kad pengenalan untuk warganegara Malaysia, jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden Amanah itu berkata, rakyat khasnya orang India masih berdepan masalah kad pengenalan merah, walaupun mereka dilahirkan di sini dan sudah lama tinggal di Malaysia.

“Yang saya temui mengadu pada saya. Kita bukan menteri lagi, tapi dah ada aduan. (Antara aduannya) saya ini masih kad pengenalan merah, kata dia. Saya umur dah dekat 60 tahun. Anak cucu saya semua ada di sini,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-10 Perhimpunan Aman Hindraf, malam tadi.
 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mempersoalkan usaha BN dan parti komponennya membantu warganegara mendapat kad pengenalan biru, sedangkan ada pekerja asing yang didakwanya lebih mudah mendapat dokumen itu.

“Yang kita hairan, kita nak dapat kad pengenalan payah. (Tapi) kadang-kadang di Sabah, tak datang lagi ke Sabah, kad pengenalan dah sampai. Itu pelik bin ajaib sedikit.

“Itu yang jual karpet masuk kampung jangan main-main, kad pengenalan biru belaka tu. Sedangkan ada antara tuan-tuan (masyarakat India) sudah 50 hingga 60 tahun berada di sini, masih kad pengenalan merah. Perkara ini kita tak tahu MIC buat apa.”
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jp9YKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.