Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umat Islam perlu kuasai pengaliran data, maklumat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umat Islam perlu kuasai pengaliran data, maklumat

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu menguasai pengaliran data dan maklumat, termasuk membangunkan aplikasi media sosial sendiri, bagi menangani cabaran dunia siber yang semakin rumit.

Malah jika perlu, umat Islam perlu mengambil alih media sosial digunakan ramai, yang kini diguna pihak tertentu untuk memburukkan Islam, termasuk kelompok ekstremis untuk tujuan rekrut.

Felo Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat 3.8 bilion pengguna media sosial di dunia dengan 24 juta darinya adalah rakyat Malaysia.

Katanya, dalam konteks Malaysia, 19.5 juta pengguna aktif di Facebook dan 3.5 juta aktif Twitter menunjukkan besarnya pengaruh media sosial kepada masyarakat khususnya golongan muda.

"Dunia sekarang adalah mengenai penguasaan maklumat dan kita perlu menguasai bidang ini (atau umat Islam akan ketinggalan)," katanya kepada pemberita pada Persidangan Khayr Ummah 2017 anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi (KHEI-KSA), JASA, Universiti Teknologi MARA (UITM), Pertubuhan Al-Khaadem dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) di Hotel Intercontinental di sini hari ini.

Tun Faisal mengulas mengenai pembentangannya yang bertajuk Ancaman Media Sosial Kepada Khayr Ummah: Pengalaman Malaysia pada persidangan itu yang dihadiri lebih 1,200 peserta dari lapan negara anggota ASEAN.

"Menangani ancaman media sosial tak memadai dengan pendidikan atau kempen. Kena ada usaha intergrasi semua pihak, termasuklah penguatkuasaan undang-undang," katanya menegaskan kabinet Malaysia membentuk jawatankuasa khas dalam menangani perkara ini.

Tun Faisal berkata, dunia Islam juga perlu bekerjasama dalam perkongsian maklumat di media sosial sama ada di peringkat kerajaan atau masyarakat sivil (pertubuhan bukan kerajaan) untuk mengekang tohmahan musuh Islam melalui medium siber.

Katanya, perkongsian maklumat itu juga bertujuan memastikan apa berlaku di negara Islam dapat disahkan selain menangani penyebaran maklumat palsu mengenai negara atau pemimpin Islam.

"Kalau tidak maklumat itu terbuka kepada tafsiran sendiri," katanya merujuk kepada insiden yang berlaku di Dataran Tahrir (Mesir) dan krisis diplomatik di Qatar serta isu dalam negara, termasuk kenaikan harga minyak, perhimpunan BERSIH, 1MDB dan kleptokrasi.

Tun Faisal berkata, penyalahgunaan media sosial secara umumnya boleh menyebabkan ancaman jenayah siber, penyebaran berita palsu, ancaman kepada keselamatan dan kestabilan sesebuah negara.



Sumber Umat Islam perlu kuasai pengaliran data, maklumat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ac42Nl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.