Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Arwah sudah buat pinjaman untuk pernikahan...' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Arwah sudah buat pinjaman untuk pernikahan...'

HAJAT seorang konstabel polis mendirikan rumah tangga tahun depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Hutan Kampung berhampiran Taman Nabira, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, Konstabel Mohamad Azlan Amizan, 23, menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Balai Polis Kepala Batas, terlanggar Proton Ezora yang dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Teman wanitanya, Konstabel Wizirah Marzuki, 32, berkata, mereka sudah merancang berkahwin tahun depan malah arwah sempat pulang ke kampungnya di Perlis, Jumaat lalu untuk memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai hajatnya itu.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohamad Azlan pada pagi Jumaat lalu dan mereka sempat bersarapan di sebuah warung di Kepala Batas, di sini, sebelum memulakan tugas di balai sama.

"Tak banyak perubahan yang saya nampak pada diri arwah kerana dia memang pendiam dan tak banyak cakap malah dia seorang yang sangat baik sepanjang dua tahun kami berkawan.

"Arwah juga sudah membuat pinjaman kewangan untuk majlis pernikahan kami malah dia bersungguh-sungguh meneruskan apa yang dirancang.

"Malam tadi dia ada menghubungi saya tetapi tak sempat jawab panggilannya kerana bercuti dan berada di kampung di Balik Pulau, Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, hari ini.

Wizirah berkata, dia menerima panggilan daripada rakan pada 8 pagi ini memberitahu Mohamad Azlan terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Abang mangsa, Mohd Arif Amizan, 26, berkata, hubungannya dengan arwah sangat rapat malah dalam keluarga, empat daripada tujuh beradik bekerja sebagai polis termasuk seorang daripadanya sukarelawan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan anggotanya dengan Proton Ezora dipandu guru lelaki berusia 33 tahun.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah kaki paha kiri dan kanan, luka di siku kiri dan dahi manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan sudah membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Jalan Langgar menuju ke Kepala Batas melalui Hutan Kampung dipercayai gagal mengelak apabila kereta terbabit keluar dari simpang sebelah kiri menyebabkan mangsa tercampak kira-kira lima meter di laluan bertentangan," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEtuhu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.