Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?
Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu Cindai itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya 'sangat sopan' ketika imbasan dilakukan.
Bagaimanapun, Siti kemudian menarik semula video tersebut selepas beberapa jam.
Berdasarkan video itu, kedengaran suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti sangat pemalu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.
Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri).
"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor itu.
Kenyataan doktor tersebut yang menyebut 'princess' mendapat perhatian para peminat dan meramalkan Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata perempuan.
Setakat ini, penyanyi lagu Balqis itu tidak pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hRE7lZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment